- Lain-lain
纤维是什么
Zhang Shengwu, petani yang berusia 60-an, menjadi bahan tular di serata laman maya China apabila berjaya melancarkan kapal selam seberat 5 tan, yang hampir keseluruhannya dibina menggunakan kudratnya sendiri.
Kapal tersebut yang dinamakan Ikan Hitam Besar pada baru-baru ini melengkapkan selaman percubaan, dengan mencecah kedalaman sehingga 8 meter.
Zhang, petani dari kampung Zhangdu, pekan Yuncao, kaunti Hanshan, bandar Ma’anshan di Provinsi Anhui, timur China. Sejak dari usia mudanya, dia sudah mula belajar sendiri untuk merekacipta pada masa lapangnya.
Foto memperlihatkan kapal selam pertama yang dibina oleh Zhang Shengwu, seorang petani China mempunyai minat mendalam terhadap reka cipta. (Oleh CCTV News)
Menurut pengalamannya, dia pernah bekerja sebagai tukang kayu dan tukang kimpal, selain turut bekerja dalam perkapalan.
Lebih 20 tahun yang lalu, Zhang pulang ke kampung halamannya untuk membina dermaga kerikil dan tanah, serta telah bekerja di situ sejak dari itu.
Mengimbas kembali, dia yang melihat kapal kargo datang dan pergi pada setiap hari, sentiasa merasa seakan-akan terdapat kelompongan.
Ideanya untuk membina kapal selam mula terlahir pada 2014 selepas dia menonton sebuah program televisyen yang menampilkan kapal selam buatan sendiri.
“Saya telah melihat bot logam dan bot kayu seumur hidup saya, tapi tidak pernah melihat satu pun yang mampu memasuki ke dalam air. Jika orang lain boleh buat, mengapa tidak saya?” ujar Zhang.
Dengan pengalaman dalam pertukangan kayu dan perkapalan selama bertahun-tahun, Zhang akhirnya mempraktikkan apa yang dipelajarinya.
Selepas merangka cetak biru, dia membelanjakan sekitar RMB5,000 (AS$696.58) untuk plat besi, bateri dan sebuah enjin, bagi membina kapal selam pertamanya yang sepanjang 6 meter, 1.2 meter tinggi dan seberat 2 tan.
Foto menunjukkan struktur utama kapal selam seberat 5 tan dan mampu menyelam sehingga 8 meter yang dibina oleh Zhang Shengwu, seorang petani China mempunyai minat mendalam terhadap reka cipta. (Oleh CCTV News)
Semasa pelayaran sulungnya, Zhang akur bahawa dia gemuruh dan turut teruja pada masa sama, dengan menyifatkannya sebagai satu mimpi. Dia turut berkongsi tentang ketakutannya terhadap kebocoran air, namun meletakkan harapan agar ia boleh menyelam dengan lebih dalam.
Meskipun prototaip tersebut membolehkan dia mendapat paten model utiliti, ia mempunyai isu kebocoran semasa penenggelaman. Berbanding memilih untuk menyerah kalah, Zhang melihatnya sebagai satu permulaan.
Pada 2016, dia mereka kraf permukaan yang turut memenangi paten model utiliti peringkat kebangsaan.
“Saya merasa seperti otak saya tidak pernah berehat – saya sering berfikir tentang reka bentuk baharu. Sejurus saya mendapat sesuatu idea, saya akan terus menggodek-godek. Seperti bot ini, ciri-ciri uniknya adalah ia hampir tidak membuat sebarang gelombang ketika ia bergerak,” jelas Zhang.
Tidak sekadar berpuas hati dalam kejayaan berskala kecil, Zhang terus melaburkan lebih daripada RMB40,000 untuk membina kapal selam yang kedua – yang lebih besar, dan lebih maju yang diberi nama Ikan Besar Hitam.
Kapal yang dinaiktaraf itu mempunyai panjang berukuran 7 meter dan setinggi 1.8 meter, serta menampilkan kokpit yang boleh memuatkan dua orang.
Zhang Shengwu, seorang petani China mempunyai minat mendalam terhadap reka cipta, sedang mengemudi sendiri kapal selamnya. (Oleh CCTV News)
Bagi menambah baik kawalan keapungan dan kestabilan, Zhang menambah sekitar 2 tan pemberat konkrit dan mereka bentuk empat tanki pemberat untuk mengendalikan proses tenggalam dan timbul. Dia menggunakan bahan pengapan kaca dan silikon untuk memastikan pembinaan kedap air, mengetatkan kesemua titik kimpal bagi tujuan ketahanan.
Hasilnya, sebuah kapal selam seberat 5 tan dengan sesaran sekitar 7 tan, berkeupayaan tenggelam sehingga 8 meter, dan berlayar pada kelajuan minimum 4 batu nautika sejam.
“Cara pendorongan yang saya gunakan sebenarnya agak bersesuaian buat sesebuah kapal selam. Dengan hanya menggunakan bateri kecil dan sebuah motor elektrik, ia boleh menolak kapal besar ini ke bawah permukaan air. Ia boleh menyelam selama setengah jam tanpa kebocoran, dan malah boleh bergerak secara mengundur,” kongsi Zhang dengan penuh bangga.
Baginya, perjalanan tersebut jauh dari sekadar tentang kejuruteraan, tetapi tentang keseronokan dan pencapaian hasrat sendiri.
Kini, dia mula mengintai untuk membina kapal selam yang lebih kuat dan besar. Ujar Zhang, kita hanya akan mampu benar-benar mengetahui kemampuan dengan mencuba dan merealisasikan apa yang tertanam fikiran.
Zhang turut berharap bahawa dengan membina kapal selam yang lebih besar, dia akan mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mendekat inovasi dan membangunkan semangat pertahanan negara yang lebih utuh.
- Pelan Kerjasama AUKUS Perlu Dibincangkan Semua Anggota IAEA
- Kapal Pintar Kelas 100,000 Tan untuk Aquakultur Marin Beroperasi Pantas
- Xi Harap Kru Kapal Selam Jadi Angkatan Elit
- Kapal Selam “Perjuangan” Pulang Bawa Hasil
- Dua Kenderaan Laut Mampu Selam China Capai Prestasi Baik pada 2022
- Kapal Mata Arah Besar Haixun 156 Beroperasi
- Kapal Peninjau Pintar Tanpa Kru yang Pertama di Dunia Beroperasi
- Tipu Muslihat Pakatan AUKUS Telan Kegagalan