- Lain-lain
湖南要闻--湖南频道--人民网
Data yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Automotif Indonesia (GAIKINDO) baru-baru ini mendedahkan bahawa jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) di negara itu pada separuh tahun pertama tahun ini telah melambung 267 peratus berbanding masa yang sama tahun lalu, dengan mencatat 35,749 unit.
Dalam pada itu, jenama automotif China menyumbang 93 peratus daripada jumlah keseluruhan, dilihat sebagai pemacu kuat bagi Indonesia dalam mendorong pembangunan industri automotif dan peralihan ke arah elektrifikasi.
Menurut statistik GAIKINDO, BYD hadir sebagai jenama BEV China yang paling laris dijual di pasaran negara itu dengan diikuti SGMW (Wuling), Chery dan GAC Aion.
Pakar sektor berkenaan berpendapat bahawa lonjakan besar dalam jualan BEV di Indonesia adalah didorong oleh pelbagai faktor seperti penjenamaan BEV yang bervariasi, berbaloi berdasarkan harga yang berpatutan dan peringkat komponen tempatan yang semakin tinggi.
- Pelaburan China Perkuat Rantai Bekalan EV Indonesia
- Pembuat Kenderaan China Semakin Aktif Dalam Ekonomi Beraltitud Rendah
- Mengapa NEV China digemari ramai?
- China akan Tingkatkan Kitar Semula Bateri EV
- Industri Tukar Beli Automobil China Lonjak Volum Perniagaan Syarikat Kitar Semula
- Syarikat China Akan Bina Kilang Bateri secara Usaha Sama di Sepanyol
- Sektor Industri Automobil Britain Diseru Tingkatkan Kerjasama dengan China
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
- China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV
- Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’